Monday, September 27, 2010

Kesihatan, Prestasi & Pengetahuan


Meningkatkan tahap kesihatan, prestasi dan input pengetahuan
          Prestasi sukan dan jasmani dalam atlit ini sebenarnya dapat ditingkatkan dengan adanya kajian dan pengetahuan yang mendalam dalam Pendidikan Sukan dan Jasmani yang diajarkan tersebut. Jikalau dilihat pada sukatan matapelajaran Pendidkan Sukan dan Jasmani pada peringkat sekolah menengah terutamanya peringkat menengah atas, kajian dan eksperimen dibuat ke atas atlet untuk mencari penyelesaian dan cara meningkatkan prestasi seseorang pelajar dalam aktiviti sukan yang diceburi. Ini seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan taraf pengetahuan, tahap prestasi dan kualiti bidang sukan di Malaysia. Bukan itu sahaja, malah penglibatan pelajar secara tidak langsung dalam aktiviti sukan dan jasmani ini telah membantu mewujudkan satu amalan kesihatan dalam kalangan pelajar. Ini mampu melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.  

          Beberapa pelajaran dalam Pendidikan Jasmani  ini mempunyai kaitan serba sedikit dengan bidang matapelajaran Sains dimana kedua-dua matapelajaran ini saling bergantungan antara satu sama lain. Pendidikan Jasmani memerlukan sains untuk kajian hasil pembelajarannya manakala sains memerlukan pendidikan jasmani untuk hasil amali mahupun eksperimentasinya. Jadi adalah penting matapelajaran Pendidikan Jasmani ini diajar di sekolah dan diambil berat tentang setiap topik dalam pembelajarannya.

           Kurikulum Pendidikan Sukan dan Jasmani ini juga membolehkan pelajar mengetahui konsep, sejarah dan perkembangan Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani serta memahami pengurusan dan pengelolaan sukan. Ia juga membantu pelajar dalam memahami kesan psikologi dan sosiologi sukan yang mempengaruhi gerak laku manusia dan prestasi sukan serta memahami hubung kait antara sistem tubuh badan dengan pergerakan. Dengan itu, pelajar mampu memahami dan mengamalkan prinsip asas keselamatan dan mengurangkan risiko kecederaan sukan dan memahami pembelajaran proses lakuan motor dan asas kawalan pergerakan.

No comments:

Post a Comment