Monday, October 11, 2010

Takwin Akademi 2010

Takwin Akademi 2010
 Januari
1-2 Januari : Pendaftaran pelajar baru sesi 1/2010
4-6 Januari : Program Orientasi pelajar baru
Februari
14-18 Feb : Program pembangunan sukan ( seminar, ceramah, bengkel )
Mac
21-22 Mac : Program Seminar pemakanan Sihat
April
12-16 April : Karnival sukan Akademi sesi 1/2010
Mei
3-5 Mei : Program Lawatan Ke Kementerian Belia & Sukan bagi program Kejurulatihan
20-24 Mei : Pertandingan Bola Sepak Akademi
Jun
1-20 Jun : Cuti Pertengahan Tahun
21-22 : Pendaftaran Pelajar baru sesi 2/2010
23-25 : Program orientasi Pelajar baru
Julai
10-14 Julai : Pertandingan bola tampar Akademi
20-26 : Kejohanan Regata & kayak Akademi
Ogos
8-10 Ogos : Kejohanan Badminton Tertutup Akademi
18-22 Ogos : Kejohanan Hoki Piala Emas Akademi edisi Ke-3
September
2-10 Sep : Minggu program pemakanan sihat
Oktober
4-6 Okt : Kejohanan Jemputan Rugbi Akademi
18-23 Okt : Aktiviti Pendidikan Luar
25-28 Okt : Kejohanan Basketball Akademi
Nov
2-4 Nov : Kursus Kepegawaian & Kepengadilan Bola Sepak
6-8 Nov : kursus Kepegawaian & Kepengadilan Badminton
10-12 Nov : Kursus Kepegawaian & Kepengadilan Hoki
14-16 Nov : Kursus Kepegawaian & kepengadilan Rugbi
18-20 Nov : Kursus Kepegawaian & Kepengadialan Olahraga
December
1-31 Dec : Cuti Akhir tahun

Utusan Pengarah Akademi







Salam......
Selamat datang ke laman Web Rasmi Akademi Sukan Zenith. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada pihak Pengurusan Akademi kerana berjaya membina laman Web Rasmi Akademi Sukan Zenith ini. Selaras dengan impian negara yang ingin melahirkan satu pembangunan sukan yang cemerlang di negara kita, maka Akademi Sukan Zenith ini telah dilahirkan demi membentuk dan melahirkan atlit dan pakar sukan yang cemerlang dan berkaliber untuk negara. Pihak Akademi berharap agar semua pihak memberi sokongan dan memberi keyakinan kepada kami demi mencapai misi kami bagi melahirkan satu pembengunan sukan yang cemerlang. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak 100 Plus kerana memberi bantuan modal kepada kami dan tidak lupa juga kepada pihak Kementerian Belia & Sukan kerana banyak meyumbangkan dana kepada kami dalam membangunkan sukan di Akademi Sukan Zenith ini. 

AKADEMI SUKAN ZENITH

Akademi Sukan Zenith ditubuhkan pada 1 Februari 2005. Program sukan yang ditawarkan di  Akademi ini berteraskan konsep integrasi antara bidang pedagogi dengan disiplin sukan & kegiatan sukan. Masyarakat kini memberi harapan yang tinggi terhadap pencapaian sukan negara agar setanding dengan pencapaian negara-negara maju dan memerlukan pakar-pakar dalam bidang ini. Usaha memperbaiki pencapaian ahli-ahli sukan sebenarnya bermula dari peringkat sekolah. Maka itu, Akademi ini menawarkan pengajian meliputi bidang pendidikan Sains Sukan, Psikologi Sukan, Pendidikan Jasmani dan Sains Kejurulatihan bagi mencapai dan memenuhi harapan tersebut. Bagi peringkat Sarjana, fakulti ini menawarkan pengajian meliputi Kaedah Pengujian, Pengukuran, Pengajaran serta Penyelidikan Psikologi Sukan yang dapat memberi sumbangan terhadap peningkatan pencapaian ahli-ahli sukan negara ini.Misi Akademi Sukan Zenith ini ialah menyediakan pelajar-pelajar dengan skil-skil intelektual dan fizikal yang penting untuk maksimumkan potensi mereka.
Pendidikan Jasmani
Program ini menerapkan bakal graduan dengan kebolehan mengajar dan merancang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani serta Pendidikan Kesihatan yang ditawarkan di sekolah dan institusi-institusi pendidikan. Ia merupakan pengajian yang mengabungkan aspek teori dan praktik pelbagai disiplin Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi melahirkan graduan yang bakal mendidik dan menyebarkan ilmu yang mementingkan aspek kesihatan jasmani di kalangan masyarakat. Graduan akan mempunyai pengetahuan yang mendalam dan kemahiran profesional dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Graduan program ini juga berupaya membantu melahirkan masyarakat yang mengutamakan gaya hidup sihat sebagai asas membina kecemerlangan akademik dan kehidupan.
Sains Sukan
Program ini memberi tumpuan untuk melahirkan pendidik yang berkebolehan menjadi pengurus, pentadbir, dan jurulatih sukan yang berkesan. Program ini menghasilkan graduan berupaya mengaplikasikan kepakaran dalam bidang penyelidikan dan pembangunan Pendidikan Sains Sukan. Penekanan program adalah kepada penguasaan ilmu pedagogi yang bersesuaian dengan profesionalisme seorang pakar sukan. seterusnya sebagai atlit sukan.Penumpuan khusus adalah kepada penerapan konten sains sukan yang terkini.
Kejurulatihan
Program ini mengabungkan aspek teori dan praktik pelbagai disiplin Sains Sukan serta kemahiran kejurulatihan yang khusus bagi melatih ahli sukan. Graduan akan berpeluang untuk menyokong ijazah yang diperoleh dengan kelayakan kejurulatihan sukan yang spesifik daripada badan-badan sukan kebangsaan. Program ini mampu melahirkan guru merangkap jurulatih yang berkesan dalam bidang Sains Kejurulatihan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi, organisasi kerajaan serta swasta dan berkemahiran dalam pengajaran, penyelidikan dan pembangunan bidang Sains Sukan. Program ini turut menyediakan bakal jurulatih dan pengurus sukan yang mempunyai asas pendidikan Sains Sukan Gunaan yang dapat menggalakkan penyelidikan dan perundingan dalam bidang sukan untuk memenuhi keperluan baru pembangunan sukan negara.

Pengurusan

Pengarah Akademi
Prof Dr. Harith B. Zaim

Pengurus Akademi
Dr. Witson Ak. Joseph

Penyelaras Sukan
Dr. Ariff Master

Penyelaras Akademik
Dr. Syami Mahemud

Pengurus Kewangan
Dr. Haslina Anan

Pengurus Hal Ehwal Pelajar
Dr. Budin Harizan

Pengurus Kemudahan
En. Zaini B. Nafie

Pengurus Intergrasi Akademi
Dr. Muniandir A/L Hanipiah

Misi, Visi & Objektif

Misi
Melahirkan Atlit sukan yang cemerlang dan berdaya saing untuk mengharumkan negara dan melahirkan pakar sukan yang setanding dengan negara-negara lain.


Visi
Menyediakan pelbagai kemahiran dan pengetahuan sukan demi melahirkan seorang atlit dan pakar sukan yang mampu menyumbangkan jasa kepada negara dalam bidang sukan.


Objektif
Akademi ini ditubuhkan untuk:
      1. Melahirkan atlit yang cemerlang dan berdaya saing
      2. Membentuk jati diri dalam diri seseorang atilt terutamanya semangat kesukanan dan semangat patriotik
      3. Menyediakan kemudahan yang lengkap dan mencupi demi pembangunan sukan
      4. Melahirkan pakar sukan yang berkaliber dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam      
          bidang sukan yang setanding dengan negara-negara lain.

Monday, September 27, 2010

Kemudahan Sukan Akademi Zenith




Kemudahan & Peralatan Sukan


Kemudahan dan peralatan sukan
           Bagi memantapkan lagi pengajaran di Akademi ini, peralatan dan kemudahan sukan juga harus dinaiktarafkan. Pertama sekali setiap sekolah harus mempunyai peralatan dan kemudahan asas yang lengkap. Mengikut spesifikasi kemudahan sukan yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran, setiap sekolah diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya satu padang dan gelanggang di setiap sekolah tersebut.  Seterusnya pihak kementerian juga harus menyediakan peralatan dan kemudahan tambahan yang lain bagi menambah peralatan dan kemudahan yang sedia ada. Ini bagi memudahkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Sukan dan Jasmani ini di sekolah. Dengan ini, pelajar juga dapat merasai penggunaan pelbagai jenis peralatan dan kemudahan sukan dalam proses pembelajaran mereka. Ini akan mendedahkan mereka dengan penggunaan dan pengendalian sesuatu peralatan sukan tersebut. Ini seterusnya membantu pelajar dalam mengenal peralatan sukan tersebut dengan lebih mendalam dan merasai cara  penggunaan dan pengendaliannya sendiri. Peralatan dan kemudahan yang lengkap ini boleh  membantu guru dalam mengajarkan pelajar  lebih banyak jenis permainan sukan. Ini akan memudahkan proses pengajarannya kerana dengan adanya peralatan dan kemudahan yang ada ini, tidak ada masalah bagi seorang guru untuk mengajar pelajar dalam proses pengajarannya.
         Peralatan dan kemudahan sukan yang lengkap ini memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Tanpa peralatan dan kemudahan yang lengkap, sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar.

Kesihatan, Prestasi & Pengetahuan


Meningkatkan tahap kesihatan, prestasi dan input pengetahuan
          Prestasi sukan dan jasmani dalam atlit ini sebenarnya dapat ditingkatkan dengan adanya kajian dan pengetahuan yang mendalam dalam Pendidikan Sukan dan Jasmani yang diajarkan tersebut. Jikalau dilihat pada sukatan matapelajaran Pendidkan Sukan dan Jasmani pada peringkat sekolah menengah terutamanya peringkat menengah atas, kajian dan eksperimen dibuat ke atas atlet untuk mencari penyelesaian dan cara meningkatkan prestasi seseorang pelajar dalam aktiviti sukan yang diceburi. Ini seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan taraf pengetahuan, tahap prestasi dan kualiti bidang sukan di Malaysia. Bukan itu sahaja, malah penglibatan pelajar secara tidak langsung dalam aktiviti sukan dan jasmani ini telah membantu mewujudkan satu amalan kesihatan dalam kalangan pelajar. Ini mampu melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.  

          Beberapa pelajaran dalam Pendidikan Jasmani  ini mempunyai kaitan serba sedikit dengan bidang matapelajaran Sains dimana kedua-dua matapelajaran ini saling bergantungan antara satu sama lain. Pendidikan Jasmani memerlukan sains untuk kajian hasil pembelajarannya manakala sains memerlukan pendidikan jasmani untuk hasil amali mahupun eksperimentasinya. Jadi adalah penting matapelajaran Pendidikan Jasmani ini diajar di sekolah dan diambil berat tentang setiap topik dalam pembelajarannya.

           Kurikulum Pendidikan Sukan dan Jasmani ini juga membolehkan pelajar mengetahui konsep, sejarah dan perkembangan Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani serta memahami pengurusan dan pengelolaan sukan. Ia juga membantu pelajar dalam memahami kesan psikologi dan sosiologi sukan yang mempengaruhi gerak laku manusia dan prestasi sukan serta memahami hubung kait antara sistem tubuh badan dengan pergerakan. Dengan itu, pelajar mampu memahami dan mengamalkan prinsip asas keselamatan dan mengurangkan risiko kecederaan sukan dan memahami pembelajaran proses lakuan motor dan asas kawalan pergerakan.

Sunday, September 26, 2010

Asma dalam atlet

Kajian laporan dan kejadian asma dalam atlet remaja
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk meneruskan dokumentasi perbezaan ini dengan membandingkan  keluaran perubatan khas atlet sekolah menengah dengan laporan lisan mereka kepada sesiapa diantara mereka yang menderita penyakit ini. Kajian ini dibuat dengan pendokumentasian insiden asma dalam kalangan atlet remaja dengan menggabungkan penggunaan fizikal sukan wajib, jadual pasukan dan sesi wawancara singkat dengan atlet.  Kajian mendapati bahawa keperluan tambahan diperlukan untuk pendidikan dan pengesahan di kalangan peserta. Daripada kajian, didapati bahawa terdapat perbezaan ketara dalam insiden laporan asma dalam sukan fizikal berbanding insiden dilaporkan ketika sesi temuramah. Peratusan atlet memberikan respon positif kepada semua soalan yang berkaitan keprihatinan terhadap penyakit asma.

Pengurusan atlet
Untuk menguruskan sebuah pengurusan sukan yang berkesan, faktor kesihatan pelajar mahupun atlet sangat perlu dittitik beratkan. Hal-hal berkenaan kesihatan pelajar dan atlet ketika latihan sukan perlulah diambil kira terutamanya kesihatan yang melibatkan penyakit asma. Laporan kesihatan haruslah diambil daripada peljar dan atlet setiap hari mahupun selepas atlet tersebut melakukan aktiviti sukan terutamanya aktiviti sukan yang memerlukan faktor pernafasan dan kardiovaskular yang boleh mempengaruhi penyakit asma di kalangan pelajar dan atlet. Pemantauan terhadap  kadar aktiviti yang giat juga harus dilakukan terhadap pelajar dan atlet. Ini bagi mengelakkan pelajar terdedah dengan risiko asma sekirannya aktiviti yang giat dan penat melampau dijalankan.
Pengetahuan terhadap profesion
Berdasarkan profesion sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani adalah penting bagi seorang guru sukan untuk mengambil berat tentang tahap kesihatan pelajar dan atletnya. Laporan kesihatan yang terperinci dan teratur harus dibuat bagi mengenalpasti masalah kesihatan pada seseorang pelajar dan atlet. Malah sesi perbincangan dan pertanyaan dengan pelajar mahupun atlet adalah penting bagi lebih mengetahui permasalahan mereka dan mengenalpasti masalah kesihatan mereka dengan lebih lanjut.

Pendidikan Luar Zenith 2009

Pada December 2009, seramai 160 orang peserta dari program Akademi Sukan Zenith telah menjalankan satu program perkhemahan bagi kursus Pendidikan Luar bertempat di Teluk Segadeh Pulau Pangkor. Program ini telah dijalankan selama lebih kurang seminggu dengan melibatkan pelbagai aktiviti dan program. Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam program perkhemahan ini ialah berkayak, abseling, jungle treking, compas matching/kembara ilmu & survival. Daripada program seperti ini para peserta telah mendapat pelbagai ilmu pengetahuan & pengalaman yang berguna yang boleh dimanfaatkan  pada masa akan datang terutamanya dalam bidang Pendidikan mahupun Pengurusan yang melibatkan aktiviti seperti ini lebih-lebih lagi melibatkan guru Pendidikan Jasmani di sekolah. Peserta diajar tentang bagaimana untuk menguruskan program dengan menggunakan kemahiran sumber tenaga manusia yang sedia ada. Bukan itu sahaja malah peserta turut berpeluang belajar mengendalikan peralatan sukan & peralatan aktiviti luar dengan betul.



Aktiviti Pra Pendidikan Zenith 2009


Aktiviti perkhemahan pra Pendidikan Luar Zenith 2009 telah dijalankan di Taman Tasik Slim River selama 3 hari 2 malam. Aktivi ini dijalankan bagi bertujuan memberikan persediaan kepada para peserta bagi menyediakan diri untuk menghadapi kem perkhemahan Pendidikan Luar September 2009 yang akan dijalankan di Teluk Sekadeh Pulau Pangkor pada December 2009. Para peserta diberikan tanggungjawab yang besar bagi mengendalikan perkhemahan tersebut dengan bantuan pensyarah dan juga fascilitator Kursus Pendidikan Luar Akademi Zenith. Dengan ini, para peserta telah didedahkan kepada cara pengurusan dan pentadbiran dalam mengendalikan sesuatu program perkhemahan.





Akademi Sukan Zenith

Akademi Sukan Zenith ditubuhkan pada 1 Februari 2005. Program sukan yang ditawarkan di fakulti ini berteraskan konsep integrasi antara bidang pedagogi dengan disiplin sukan & kegiatan sukan. Masyarakat kini memberi harapan yang tinggi terhadap pencapaian sukan negara agar setanding dengan pencapaian negara-negara maju dan memerlukan pakar-pakar dalam bidang ini. Usaha memperbaiki pencapaian ahli-ahli sukan sebenarnya bermula dari peringkat sekolah. Maka itu, Fakulti ini menawarkan pengajian meliputi bidang pendidikan Sains Sukan, Psikologi Sukan, Pendidikan Jasmani dan Sains Kejurulatihan bagi mencapai dan memenuhi harapan tersebut. Bagi peringkat Sarjana, fakulti ini menawarkan pengajian meliputi Kaedah Pengujian, Pengukuran, Pengajaran serta Penyelidikan Psikologi Sukan yang dapat memberi sumbangan terhadap peningkatan pencapaian ahli-ahli sukan negara ini.Misi Akademi Sukan Zenith ini ialah menyediakan pelajar-pelajar dengan skil-skil intelektual dan fizikal yang penting untuk maksimumkan potensi mereka.
Pendidikan Jasmani
Program ini menerapkan bakal graduan dengan kebolehan mengajar dan merancang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani serta Pendidikan Kesihatan yang ditawarkan di sekolah dan institusi-institusi pendidikan. Ia merupakan pengajian yang mengabungkan aspek teori dan praktik pelbagai disiplin Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi melahirkan graduan yang bakal mendidik dan menyebarkan ilmu yang mementingkan aspek kesihatan jasmani di kalangan masyarakat. Graduan akan mempunyai pengetahuan yang mendalam dan kemahiran profesional dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Graduan program ini juga berupaya membantu melahirkan masyarakat yang mengutamakan gaya hidup sihat sebagai asas membina kecemerlangan akademik dan kehidupan.
Sains Sukan
Program ini memberi tumpuan untuk melahirkan pendidik yang berkebolehan menjadi pengurus, pentadbir, dan jurulatih sukan yang berkesan. Program ini menghasilkan graduan berupaya mengaplikasikan kepakaran dalam bidang penyelidikan dan pembangunan Pendidikan Sains Sukan. Penekanan program adalah kepada penguasaan ilmu pedagogi yang bersesuaian dengan profesionalisme seorang guru. Penumpuan khusus adalah kepada penerapan konten sains sukan yang terkini.
Kejurulatihan
Program ini mengabungkan aspek teori dan praktik pelbagai disiplin Sains Sukan serta kemahiran kejurulatihan yang khusus bagi melatih ahli sukan. Graduan akan berpeluang untuk menyokong ijazah yang diperoleh dengan kelayakan kejurulatihan sukan yang spesifik daripada badan-badan sukan kebangsaan. Program ini mampu melahirkan guru merangkap jurulatih yang berkesan dalam bidang Sains Kejurulatihan di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi, organisasi kerajaan serta swasta dan berkemahiran dalam pengajaran, penyelidikan dan pembangunan bidang Sains Sukan. Program ini turut menyediakan bakal jurulatih dan pengurus sukan yang mempunyai asas pendidikan Sains Sukan Gunaan yang dapat menggalakkan penyelidikan dan perundingan dalam bidang sukan untuk memenuhi keperluan baru pembangunan sukan negara.

Tuesday, September 21, 2010

Sukatan Pelajaran PJ

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 1999 
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
( Sukatan Pelajaran Rendah & Menengah )
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan
pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk
masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini
dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,
Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai
matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.
Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan
gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan
dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk
sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup.
Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran
yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran
bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum.
MATLAMAT
Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi
cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan
kecergasan.
OBJEKTIF
Murid boleh :
1. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor;
2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan
mengikut kemampuan diri;
3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;
4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan
semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal;
5. membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan
6. membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kandungan mata pelajaran ini menekankan kepada kecergasan
sesuai dengan ciri dan keperluan murid. Pendekatan yang
dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui
aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan,
kemahiran dan nilai berkaitan mata pelajaran dengan melakukan
aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap
murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid
perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan
proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan
melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan
selamat.
Pengalaman Pendidikan Jasmani merangkumi tiga aspek penting,
iaitu :
i. Penglibatan murid secara aktif dan selamat.
ii. Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan.
iii. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti
bahawa pembelajaran telah berlaku.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Murid perlu menguasai kemahiran berfikir secara kritis, kreatif
dan inovatif. Mata pelajaran ini memberi peluang kepada murid
mengambil bahagian secara aktif, memperoleh pengetahuan dan
kemahiran praktikal. Kemahiran berfikir yang terdapat dalam mata
pelajaran ini termasuk membuat kategori, menerangkan sebab,
mengusul periksa andaian, membuat ramalan, mencipta metafora
dan mencipta definisi. Mata pelajaran ini juga mendidik murid
membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah.
NILAI-NILAI MURNI
Nilai-nilai murni yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani adalah selaras dengan kehendak matlamat mata
pelajaran ini. Antara nilai yang perlu diterapkan dan diamalkan
ialah semangat kesukanan, permainan bersih, toleransi, semangat
berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepemimpinan dan
penyertaan.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mata pelajaran ini menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran
secara kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri bagi tumpuan
peningkatan pelbagai kecerdasan murid. Dalam setiap kegiatan
pembelajaran, pemupukan nilai serta pemahaman unsur
pergerakan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas jasmani.
Amalan rutin kecergasan dilakukan dalam suasana riang dan
meyakinkan.
PENILAIAN
Penilaian adalah proses mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Penilaian merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan secara berterusan. Penilaian mata pelajaran ini
dirancang dan dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah.
Instrumen penilaian dibina dan ditadbir oleh guru. Penilaian boleh
dibuat secara pemerhatian, penulisan dan lisan. Hasil penilaian
digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan
pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan
perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas
kepada murid, ibu bapa dan guru lain.
KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran,
iaitu:
·  Kecergasan.
·  Kemahiran.
·  Kesukanan.
Tunjang pembelajaran tidak perlu diajar mengikut urutan. Tajuk-tajuk
setiap tunjang pembelajaran adalah seperti berikut:
1. Kecergasan
(a) Kecergasan berasaskan kesihatan
i. Daya tahan kardiovaskular
ii. Daya tahan otot
iii. Kekuatan
iv. Kelenturan
v. Komposisi badan
(b) Kecergasan berasaskan perlakuan
i. Koordinasi
ii. Imbangan
iii. Ketangkasan
iv. Kuasa
v. Masa tindakbalas
vi. Kepantasan
(c) Konsep, definisi, prinsip dan kaedah latihan
2. Kemahiran
(a) Pergerakan asas
(b) Permainan
(c) Olahraga
(d) Gimnastik
(e) Pergerakan kreatif
(f) Rekreasi
(g) Kesenggangan
3. Kesukanan
(a) Keselamatan
(b) Pengurusan
(c) Kerjaya
(d) Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan
(e) Etika

Pengurusan sukan


Definisi Pengurusan Sukan
Pengurusan sukan wujud dalam dua bentuk :
i. Pengurusan sukan adalah satu bidang usaha profesional di mana wujud pelbagai karier pengurusan yang berkaitan dengan sukan

ii. Pengurusan sukan merupakan satu program persediaan akademik, profesional yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi sebagai satu bidang yang wajib.

Definisi Pengurusan Sukan
Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber lain dalam organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan

Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.

Pengurusan seperti yang didefinisikan oleh William,Charlie dan Warren 1972,ialah satu proses menggunapakai peralatan dan sumber manusia untuk mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.

PERANCANGAN
Masa yang diperuntukkan
Jadual latihan, pra pertandingan dan pertandingan
Bilangan peserta
Belanjawan yang diberi
Menetapkan tempat latihan, pra pertandingan dan keperluan atlit atau badan sukan.

PENGELOLAAN
Masa yang diperuntukkan
Masa latihan, prapertandingan dan pertandingan
Bilangan peserta
Jenis pertandingan
Belanjawan yang diberi
Menyenarai pegawai
Kemudahan tersedia
Kemudahan alatan yang tersedia

PENGARAHAN
Maklumat perancangan dan bentuk latihan atau pertandingan
Mengarahkan komponen kemahiran yang lain menjalankan tugas mereka
Pemantauan dan pemerhatian ke atas perjalanan komponen kemahiran yang lain

PENGAWALAN
Maklumat komponen lain dalam pengurusan sukan
Mengawal selia bidang tugas komponen kemahiran pengurusan yang lain
Bersedia memberi bantu mula dan bantuan terapi kepada atlit yang mengalami kecederaan semasa latihan atau pertandingan dengan menyediakan fisioterapi dan pegawai perubatan

PENYEDIAAN BELANJAWAN
Kertas kerja program yang dirancangkan
Meneliti kertas kerja
Mendapatkan belanjawan daripada sektor/bahagian tertentu seperti KBS
Mendapat tajaan daripada badan-badan korporat dan individu.

KEPIMPINAN
Maklumat daripada komponen perancangan dan pengelolaan
Merangka rancangan latihan
Mengaplikasi prinsip-prinsip dan kaedah latihan
Menetapkan ujian dan mendapatkan skor
Mengurus persediaan dan kebajikan peserta/atlit
Pemakanan atlit

PENILAIAN
Maklumat daripada semua komponen kemahiran yang lain
Menilai :
Perancangan
Kemajuan atlet
Interpretasi
Kemudahan perubatan/fisioterapi/bantu mula
Kemampuan kepimpinan jurulatih,pengurus pasukan dan pakar pemakanan mengurus atlet
Sama ada kesemua komponen kemahiran bergerak di landasan yang betul dan mencapai objektif yang telah ditetapkan pada setiap yang dirancang.

Kemahiran dalam Pengurusan Sukan
Kemahiran Berkomunikasi
Mempunyai kemahiran untuk menghantar dan menerima maklumat secara verbal dan bukan verbal serta bagaimana seseorang pengurus dapat mempengaruhi kakitangan

Kemahiran dalam Pengurusan Sukan
Kemahiran Teknikal
Menyediakan belanjawan
Merancang jadual pertandingan
Merancang dan menyelia latihan
Mengurus pejabat
Menilai program dan aspek keselamatan
Kemahiran dalam Pengurusan Sukan
Kemahiran Konseptual

Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea dan memahami organisasi secara keseluruhan.

Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan
Perancangan
Berkemampuan memandang ke hadapan, mempunyai pemikiran logik dan berkeupayaan dengan baik.
Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan
Pengendalian
Pembahagian bidang kuasa, tugas dan penyediaan struktur.

Kakitangan
Pengambilan pekerja mengikut keperluan

Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan
Pengarahan
Bimbingan yang disediakan dan proses membuat keputusan
Koordinasi
Jalinan perhubungan antara kakitangan dalam penyelesaian masalah.

Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan
Pelaporan
Proses menyediakan dan melaporkan kepada orang yang bertanggungjawab.
Belanjawan
Pengawalan sumber kewangan dalam aktiviti organisasi.

Konsep utama Pengurusan Sukan
Autoriti
Kuasa yang diberi kepada seseorang untuk bertindak
Kuasa
Keupayaan untuk mengarah dan mengawal
Karisma
Keupayaan untuk merancang dan melakukan sesuatu di luar kemampuan


Konsep utama Pengurusan Sukan
Penurunan Kuasa (Delegation)
Memberi autoriti kepada orang lain
Tanggungjawab
Kesanggupan untuk menjalankan tugas
Akauntabiliti
Akauntabiliti untuk melakukan tugas dengan jayanya

Jenis Pengurusan Sukan
Laissez-faire
Profil yang rendah dan membenarkan organisasi berjalan dengan sendiri.
Autokratik
Pentadbir ialah ketua dan bukan pemimpin

Struktur dan Carta Organisasi Sukan
Struktur Formal
Ahli jawatankuasa yang telah ditetapkan dalam mesyuarat

Struktur Tidak Formal
Ahli-ahli sedia membantu di dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Carta Organisasi Sukan Sekolah
Contoh Organisasi Sukan Sekolah

Pengurusan Prasarana, Alatan dan Pasukan
Pengurusan prasarana
Peralatan-pembelian dan pengendalian
Penyimpanan
Penjagaan
Pembaikpulihan
Kekemasan Rekod
Pemilihan Pemain Melalui Uji Bakat
Jadual Latihan
Penyediaan Latihan
Pemilihan Staf
Penghargaan/Kebajikan

Sains Sukan

Sains sukan
Sains sukan merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi, dan psikologi dalam sains sukan. Sains sukan bukanlah satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya ditingkatkan prestasinya. Sebaliknya ia membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ,sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan sesuatu sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu tentang perkaitan badan dan sukan.