Kajian laporan dan kejadian asma dalam atlet remaja
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk meneruskan dokumentasi perbezaan ini dengan membandingkan keluaran perubatan khas atlet sekolah menengah dengan laporan lisan mereka kepada sesiapa diantara mereka yang menderita penyakit ini. Kajian ini dibuat dengan pendokumentasian insiden asma dalam kalangan atlet remaja dengan menggabungkan penggunaan fizikal sukan wajib, jadual pasukan dan sesi wawancara singkat dengan atlet. Kajian mendapati bahawa keperluan tambahan diperlukan untuk pendidikan dan pengesahan di kalangan peserta. Daripada kajian, didapati bahawa terdapat perbezaan ketara dalam insiden laporan asma dalam sukan fizikal berbanding insiden dilaporkan ketika sesi temuramah. Peratusan atlet memberikan respon positif kepada semua soalan yang berkaitan keprihatinan terhadap penyakit asma.
Pengurusan atlet
Untuk menguruskan sebuah pengurusan sukan yang berkesan, faktor kesihatan pelajar mahupun atlet sangat perlu dittitik beratkan. Hal-hal berkenaan kesihatan pelajar dan atlet ketika latihan sukan perlulah diambil kira terutamanya kesihatan yang melibatkan penyakit asma. Laporan kesihatan haruslah diambil daripada peljar dan atlet setiap hari mahupun selepas atlet tersebut melakukan aktiviti sukan terutamanya aktiviti sukan yang memerlukan faktor pernafasan dan kardiovaskular yang boleh mempengaruhi penyakit asma di kalangan pelajar dan atlet. Pemantauan terhadap kadar aktiviti yang giat juga harus dilakukan terhadap pelajar dan atlet. Ini bagi mengelakkan pelajar terdedah dengan risiko asma sekirannya aktiviti yang giat dan penat melampau dijalankan.
Pengetahuan terhadap profesion
Berdasarkan profesion sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani adalah penting bagi seorang guru sukan untuk mengambil berat tentang tahap kesihatan pelajar dan atletnya. Laporan kesihatan yang terperinci dan teratur harus dibuat bagi mengenalpasti masalah kesihatan pada seseorang pelajar dan atlet. Malah sesi perbincangan dan pertanyaan dengan pelajar mahupun atlet adalah penting bagi lebih mengetahui permasalahan mereka dan mengenalpasti masalah kesihatan mereka dengan lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment